Pengenalan

Objektif kami adalah untuk menjadikan kos pemindahan / penghantaran barang lebih berpatutan

Pernahkan anda mengalami situasi di mana and tidak dapat menjumpai mana mana kenderaan yang sesuai bila anda ingin menghantar barang yang terlalu besar untuk kereta dan terlalu kecil untuk sebuah lori? (contohnya : tilam/ almari/ motosikal/ peti sejuk, dsb) Ya, menggunakan sebuah lori untuk penghantaran barang yang tidak besar mana adalah merugikan wang anda.

Dengan pengalaman 10 tahun kami, kami tahu apakah masalah utama apabila berpindah lebih lagi jika anda cuma ingin memindahkan beberapa barang sahaja, Dan dengan kami anda boleh mengawal harga kos kerana kos kami adalah berdasarkan jarak/ tenaga kerja dan masa pemunggahan. Jika anda ingin mengurangkan kos nya, anda cuma perlu mengurangkan masa punggah masuk / keluar dan penggunaan tenaga kerja.

Anda boleh pilih daripada pemindahan satu barang hinggalah pemindahan satu pejabat. Tidak perlu menyewa sebuah lori besar jika anda tidak menggunakan ruang lori tersebut sepenuhnya!. Hubungi kami dan kami akan memberi penerangan dan servis yang sesuai untuk anda :)