Soalan Lazim

Cas perkhidmatan berdasarkan apa?
  • Cas perkhidmatan adalah berdasarkan jarak, jenis / jumlah barangan, tenaga kerja (jika perlu) dan masa punggah masuk dan keluar
Bagaimana anda boleh mengurangkan harga perkhidmatan
  • Anda boleh mengurangkan kos dengan tidak menggunakan tenaga kerja kami dan mengurangkan masa untuk punggah masuk dan keluar (barangan dan dokumen dokumen berkaitan dengan pihak pengurusan perumahan anda telah tersedia ketika pemandu tiba)
Bolehkah saya menambah lagi muatan selain daripada apa yang telah saya senaraikan?
  • Boleh, asalkan ianya boleh muat ke dalam jenis kenderaan yang anda pilih, tidah melebihi masa punggah masuk/keluar yang diberikan dan tidak meminta pemandu ataupun tenaga kerja mengangkat untuk anda melainkan anda bersetuju untuk membayar jumlah tambahan.
Cara bayaran
  • Anda perlu membuat bayaran sebaik sahaja barangan anda telah dimuat naik ke dalam kenderaan dengan cara tunai kepada pemandu (kecuali hantaran antara negeri) atau "instant transfer" kepada syarikat.
Waktu pungutan dan ketibaan
  • Seperti yang anda tahu, kami cuba sedaya untuk mengurangkan kos yang akan dikenakan kepada anda. Untuk itu kami perlu melakukan lebih daripada satu "trip" dalam masa sehari untuk menampung kos ke atas kami (tidak termasuk 1-3 tan lorry untuk pemindahan major). Mengikut rekod, ketibaan pemandu kami ke tempat pihak anda tidak lah terlalu jauh beza daripada waktu yang dipersetujui kecuali ada masalah dengan penghantaran sebelumnya atau apa apa masalah yang tidak dapat dielakkan. Anda boleh menentukan masa yang sesuai, kami akan uruskan dan akan memberikan masa jangkaan tiba dan untuk lebih memudahkan, pemandu kami akan menghubungi pihak anda lebih kurang 30 minit sebelum sampai ke lokasi.
Penambahan Cas
  • Kami tidak mempunyai sebarang cas tersembunyi. Anda cuma perlu membayar sedikit penambahan daripada jumlah yang dipersetujui sekiranya :
    1) Maklumat yang diberikan berlainan daripada yang sebenarnya (alamat yang berlainan, jenis bangunan, jumlah barangan dan jenis barangan yang berlainan [kecuali anda tidak memerlukan perkhidmatan tenaga kerja]
    2) Melebihi masa punggah masuk / keluar yang dipersetujui (masa akan dikira sebaik sahaja pemandu sampai di lokasi pertama anda)
    Sila hubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan :)